Thursday, September 3, 2009

aku suke aYaT ini..

Version 1
=========
Dia kata dia kawan baik saya
Dia kata hanya saya saja yang dia percaya
Dia kata dia tak tipu saya
Dia kata dia takkan tipu saya
Dia kata dia hanya beritahu saya saja
Dia kata macam-macam
Saya hanya percaya

Rupa rupanya dia tipu saya
Dia cakap dengan orang lain macam ni.
Dia cakap dengan saya macam tu.
Dia penipu!
Macam mana saya nak percaya?

Muka dia baik
Selalu buat orang rasa kesian
Tapi sekarang bila saya tengok muka dia
Saya rasa menyampah
Saya rasa nak lempang
Saya rasa nak tembak dia saja
Saya rasa nak hapuskan dia dari pandangan mata saya
Saya harap dia takkan muncul lagi di depan saya

Walaupun saya akan jumpa dia juga
Saya takkan hiraukan dia lagi
Dia hapuskan kepercayaan saya
Dia permainkan persahabatan kami
Saya rasa sangat marah!

Saya tak perlukan dia
Dia hanya memeningkan kepala saya
Dia sangat membencikan

Saya terpaksa benci dia
Semoga Allah dapat maafkan saya

Version 2
=========
Perempuan jahat yang bertopengkan muka kesian
Mulut manis
Hati busuk
Senyuman manisnya amat membencikan
Gelak ketawanya amat menyakitkan

Perempuan jahat yang bertopengkan muka kesian
datang kepadaku
Dia taburkan pelbagai kisah sedih kepadaku
Dulu aku rasa simpati
Kini tidak lagi
Kerana aku tahu perempuan jahat ini
Tidak harus diberi muka

Perempuan jahat yang bertopengkan muka kesian
Aku harap dia bukan kawanku
Aku harap dia tidak datang kepadaku
Aku harap dia pergi jauh-jauh
Aku harap dia tidak senyum kepadaku lagi

No comments: